email can hurt our heart deeply and badly

ahhh.. dah lama tak update, nak kata takde yang tak penting semua sama jer... cume tak sempat.

hari nie, kita memang dijadikan Allah S.W.T perasaan ingin tahu, bila perasaan memuncak kita menjadi sangat creative. saya memang tahu sikit la pasal komputer nie, jadi kelebihan tu memudahkan untuk menyiasat satu kes...

apr 2008 - 27/7/2010 - 3 tahun ++
kenapa hari nie baru saya kesan... penulisan yang lenggoknya sangat sopan dan beradab... macam mana tu... macam mana2 lah, yang penting .. kerana email ...

ada yang terluka dengan bait katanya...
ada yang menangis kerana olahannya...
ada yang tersinggung kerana sarikatanya....
ada yang terluka kerana nya.

antara bait2 kata yang terpahat di minda, "terkenang nostalgia lama", "bulan puasa teringat masa bersama", "maaf terlewat balas" dan saling membalas selamat 3 tahun lebih, setiap minggu.... apakah maknanya semua itu???

tersinggung, menagis, terluka, sakit hati, terasa perit dan jantung seolah tidak dapat berfungsi... malangnya tiada yang mati kerana hati terluka. kalau kaca sudah berderai, kalau kapas sudah terbang, tapi hati...hati masih disitu meronta-rontaa mintak diubati, merayu mintak setitik simpati, menangis mintak di kasihi....

bolehkah hati bercantum lagi, menguntum senyum menghiburkan hati... masa saja yang boleh menjadi pengubatnya...

"DINAS ANIRAZ "

10.7 Belated Gifts

"Buffalo"
Hari nie akak ade rombongan ke Aquaria, KLCC. Dah besar rupanya anak ibu. Dah independen gitu. Semalam, saya beli "Buffalo" <-- 1 Tb hadiah hari ulangtahun ku. Disebabkan "Buffalo" tidak sempat disediakan on-time semalam, saya biarkan dia dirawat sehingga benar2 ready untuk dibawa pulang hari ini.

Kebetulan istimewa
Setelah 6 tahun, 10 bulan 4 hari @ lebih kami (saya & hubby) tidak menonton wayang, hari ini kami ada kesempatan, PREDATOR menjadi pilihan. Tak banyak pilihan, bukan tak banyak pilihan kerana kekangan2 kami perlu tiba dirumah sebelum akak & rombongannya pulang. Saya lebih suka siri-siri terdahulu, lebih "ummmhhh". <-- komen saya

Opss berbalik kepada cerita utama, kami diberi 2 seats, memang lah sebab berdua. Apa yang bes sekali no seat tu adalah E08 & E07 = 8 Julai 197X adalah hari lahir ku, sekali lagi hadiah yang cukup bermakna "sentimental value". <-- dari hubby.



Benci bilang cinta
Sinetron yang digilai oleh saya. Hari ni antara dialog yang terlekat cuping telinga dan terpahat di mindaku, hinggakan saya enggak bisa pikirin yang lain....
"dalem hati kecilku yang paling dalem, dengan sepenuh jiwa raga ku dan dikala fikiranku sanget tenang sesungguhnya aku sangat sayangkan kamu sesungguhnya aku sangat mencintae kamu...." <-- sampai sini saya terpaku, terharu, sebak & yang penting saya rasa saya sebahagian dari filem itu... semoga suatu hari nanti, rangkap diatas dibaca oleh suamiku yang tersayang. Sesungguhnya, dikala ini dalam fikiranku yang sangat tenang....ingin sekali ku ucapakn rangkap ini...namun tiada kesempatan.

Dinner ditaja oleh suami tercinta

i-City menjadi destinasi namun hujan yang lebat menjadi penyebab kami ke Steak House. <-- alasan sebenarnya memng dah ketentuan Ilahi.

8.7 Selamat Hari Lahir Chemara

Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to Chemara......
Happy birthday to me.

Dimulakan dengan pagi yang sangat indah dan bahagia. Sementara di dinding FB, lebat dihujani ucapan dan doa dari kawan2, terima kasih semua.

Lunch hari nie ditaja oleh opisku, kebetulan di hari lahirku....Restoran EYUZU, Eastern Hotel. Sedap. Garlic Fried Rice & Eel with ouster sauce <-- Unugi Kabayaki

Dirumah, hambar. Ada rasa terkilan (buff low), rasa bahagia berganti kecewa (akak kena marah tak bersebab) dan sangat sangat pedih didada (tak kisah pon).....rasa gelap malam menjadi sangat gelap walaupon ade lampu2 downlight yang bersinar. Kenapa, apa salah saya??? Ya Allah, berikan hambaMu kesabaran.

"
Syukur kpd Nya kerana aku masih menikmati semua ciptaanNya hingga hari ini. Semoga hari & esok & hari hari seterusnya akan dipermudahkan semua laluanku & mendapat keberkatan dariNya. AMIN."

28.6 for my lovely frenz

M-maya
A-all about craft
I-is you, yourself
S-so creative & unique
A-all represent you, so sweet & lovely
R-rose can be you
A-any colors, but they are simply beautiful
H-happy birthday to you, beautiful rose.

kreatif? terperasan plak, lahir from my sincere heart and truly frendship tau. :-)

15.6-18.6 cuti2 @ Bukit Merah Lake Town Resort

15.6 1st day
- tiba di Bukit Merah Lake Town Resort
- room 161, best kat ground floor, jalan skit ade kolam...
-petang semua dah mulakan acara mandi kolam...
- lepas makan main in door game plak, then balik untuk ZZZzzz



16.6 2nd day
- mmm... acara lawatan ke Pulau Orang Utan & Taman Eco.
- kami menyusuri tasik untuk ke pulau, indahnya pemandangan sekeliling, subhanallah.
- setelah penat, berehat seketika sebelum ke Taman Eco. sangat sesuai untuk anak2 mengenali dengan mendalam setiap species kerana semuanya di letakkan di dalam samgkar yang lebih mesra pengunjung <-- betul ker... hentam jer la



17.6 3rd day
- "budak mana tak suke ayer...."
- memang sangat sangat best kat sini, sesuai untuk semua peringkat umur, baby, kanak2, parents, grand-pa, grand-ma and all 1 Malaysia... pewwiiitttt .. promotion tu...!!!
- kolam di reka dalam pelbagai bentuk, sempat jugak saya & suami naik gelongsor yang melanggang-lenggok dan terjum ke dalam kolam... "debussssss"......bestnyer!!!!!
- anak2 main sampai tak nak brenti, bila dah nak balik ade plak ayer tembak2..... dah kena stop lagi sekali untuk puaskan hati mereka.
- balik, rehat sekali lagi acara mandi kolam....
- malam kami ke Kemunting, singgah di warung - "no fan", "too sloow", and "oh NO!!!!!" tapi bila ade Bola Sepak Dunia nie... semua tak kisah sebab asyiknya menonton tak sedar lebih 1/2 jam menunggu makanan untuk sampai.... perut yang menyanyi pon tenggelam dengan sorakkan penyokong-penyokong bola.... me sudah tentu "Arg-ent-ina".... :)



18.6 check-out day
- irfan, pipi bengkak sebab sakit gigi, cian anak ibu. tapi kolan punya hal... semua ok. celik mata terus semua ke kolam. para ibu sibuk berkemas untuk pulang....
- Kami mula bergerak jam 12.30 pm, singgah di Tapah untuk makan tengahari sebelum teruskan perjalanan.....



8.6-9.6 lebih 40 jam

saya rasa sangat WOW!! terhadap diri sendiri <<-- sss selama 46 jam tak tido, hibat sungguh. saya pon heran jugak cemana boleh sangat WOW! Episod terharu (setiba di rumah):
Assalamualaikum...
Akak & adik ter menerpa, ya Allah! terasa sungguh terharu & sebak. Sampai bila la agaknya saya akan terus macam nie, this month dah 2x. I need to put a STOP. I really need.

Episod bahagia:
bahagia dapat selesaikan persiapan maksu nak ke KUIN
bahagia dapat spend masa with kakak and adik walaupun sekejap
bahagia bila mereka semua gembira & ceria
lebih bahagia, next week nak gie holiday.. yea!!!!! Bukit Merah Laketown Resort, tunggu kami datang....

8.6 appreciation

sakit hati bila kita tak dihargai. saya bukan minta yang terlampau, cuma menagih hak untuk membela diri....terasa diri seperti dalam mesin basuh yang tengah spin <<--- diperah-perah
sedih macam nak menangis, mutiara kecil sudah berkumpul menunggu arahan untuk gugur...
syukur alhamdulillah, selepas mengadap-Nya aku tenang, kembali ceria.

2.6 86400 saat

dari 3.30 am to 3.30 am. WOW!.. amazing WOMEN....
bila bangun (tu pon dikejutkan akak selepas pulang dari sekolah @ 12.40 pm)... kepala rasa besar tapi macam kosong, ringan dan terawang-awang
siap2 terus "branch" <-- breakfast + lunch. nasi lemak, oh no... saya sebenarnya dah tak makan nasi for 3 days... alamak terlupe sebenarnya, maklumlah kepala kan rasa macam kosong...
since nothing inside (alasan) masukka input baru, "shopping"..... yeay!!!!
few hours later, balik rumah with 3 shirt + 3 blouse = Happy sangat!



30.5 where love begins

oooo penatnya ari nie....
selepas semua dah siap, adik tidur "jom ayah gie cari puting botol adik"... mulakan agenda untuk hari nie...

puting tak jumpe tapi ... ini untuk putera puteri ibu...


3 in 1 from Bean

tapi bila tiba di rumah, puteriku pulak muncungkan mulut... "asik asik adik, akak tak de...." hai serba salah ibu di buatnya.... berlakulah perebutan kerusi, akak jugak la yang menang.....adik ok.. buat masa nie...


26.5 Anakku Sazali - Part III (episod akhir)

tiba rumah, terus ke bilik dengan wajah sayu.....

akak: ibu, ibu penat sangat ker....
ibu: tak, ibu sedih sangat akak buat ibu macam nie.....tadi cikgu cakap macam2 ibu sedih sangat.
(akak diam membisu, tunduk... keras macam patung cendana, pertama kali macam tu)
ibu: akak, akak wat ape kat sekolah....
akak: menagis dan terus menangis
...selepas beberapa tangisan......
akak: ye la akak bla.....bla....bla....bla...bla...bla.....
(walaupon sangat sedih, terobat parah di hati bila anakku berterus-terang, saya tahu "kid alwiz be a kid")
akak: akak minta maaf ibu, akak tak akan buat lagi...
ibu: akak tahu kenapa ibu marahkan akak....
akak: akak mintak maaf ibu.. (sambil anggukkan kepala)

sedar tak sedar, ibu dah terabaikan akak buat beberapa ketika, too busy with keje2 di opis, "akak ibu minta maaf, this will never happen again....."

sedar tak sedar, puteriku semankin matang. Ya Allah, aku bersyukur dengan ape yang berlaku pada hari ini....sesungguhnya segala kententuanMu adalah yang terbaik buat kami....

26.5 Anakku Sazali - Part II

...... sepanjang perjalanan ke opis, fikiran cuma satu di mana salah saya, apa yang perlu di lakukan dan bangaimana untuk menanganinya.....

dalam diam ada 'mutiara'2 yang gugur. ya, akan saya pastikan 'mutiara'2 yang sama gugur lagi tapi bukan kerana sebab yang sama.....insyaallah.

"Being a working mom is not easy. You have to be willing to screw up at every level. " huh....

26.5 Anakku Sazali - Part I

Report Day Card
Ibu: Cikgu anak saya cemana?
Cikgu: She is not too bad... but...
Ibu: (lega rasa dalam hati) tapi ape cikgu?
Cikgu: atirah.... 16, da....da..da..... emmm camtu lah puan...
(rasa gugup, laju jantung mesti kena speed trap kalau pak traffic wat ukuran...)
Ibu: ooo saya memang tak sangka macam nie cikgu, tapi cikgu jangan salah sangka, sometime parents kena "check" dulu before leave it to teacher....
.
.
.
.
.
.
Ibu: Terima kasih cikgu, saya harap cikgu dapat bantu saya sewaktu dia di sekolah & insyaallah saya akan lakukan yang sepatutnya dirumah....
Cikgu: Insyaallah puan, she is actually cute and smart... specially in Maths
Ibu: :)

Kesimpulan:
Alhamdulillah, akedemik semua okay, cume...ye la kekadang bukan semua yang kita nak kita dapat tapi kita boleh usaha untuk mendapatkannya....

“There are two ways of spreading light: to be the candle or the mirror that reflects it.” - perhaps i can be both...

18.5 bila kita tak tahu

semalam akak ulangkaji Bahasa Arab.

akak: ibu, susah sangat nie.. mesti akak tak tahu esok
ibu: la, jangan macam tu, akak mesti boleh punya.... (dalam hati, ade rasa terkilan sebabnya saya memang tak pernah belajar Bahasa Arab)

so, nak push sangat pon susah, nak ajar cara betul pon yang mengajar tak tahu...

saya berazam akan mula menggunakan Bahasa Arab start ari nie, campur2 macam Bahasa Inggeris, harap-harap ini dapat membantu akak dan juga ibu... :)

17.5 samseng di jalan raya

semalam waktu pulang dari opis, +-9 pm, saya seperti biasa amik lane kanan sebab kereta jarang2. bila dah separuh jalan, ada satu kereta bawa ala2 YB melawat kawasan..... so saya pon follow je la..... bila keaadan mengizinkan saya pon tukar lane dan teruskan perjalanan. si kereta tadi tetiba melunjur laju dan terus berada dibelakang kereta saya, mungkin disebabkan engine saya yang bunyi macam 'turbo' menyebabkan si kereta ingat saya nak berlumba... aisyemen....

so, saya pon decide (masa nie blum pasti si kereta memang nak follow) amik lane tengah, tetiba si kereta pon ikut, bila saya amik lane kanan, si kereta pon ikut.... ooo kompom si kereta ada masalah jiwa kacau. cuba bayangkan perasaan masa tu, sejuk tangan2 & jantung mula berdegup laju dari kereta. so nak buat si kereta tak follow, saya bawa slow je...tapi si kereta tak putus asa terus follow.... nak tenangkan perasaan, saya tukar dari mix-fm ke cd mode (dah itu je boleh buat). alhamdulliah di persimpangan terakhir si kereta ditakdirkan masuk simpang tu...huh... so kepada pemandu2, jangan la mudah membuat andaian, kalau benar anda pelumba, ikutilah cara yang betul jangan nak tunjuk samseng di jalan raya... macam OPss Sikap plak...

15.5 Birtday "Queen of my Heart"



Perancangan tak de, takut jer tak bes. Tapi on that day, semua berjalan lancar, alhamdulillah.

Semua tetamu enjoy the party, sangat-sangat (dari wajah2 ceria mereka). Paling comel 2 bulan...

Terima kasih kepada semua yang hadir. Many thanks to abang organiser.....